Wednesday 2 August 2017

Huruf Russia


Assalamualaikum Salam Sejahtera kepada pembaca blog sekaliam,

Hari ini kita akan pergi ke langkah yang pertama iaitu mengenali huruf Russia.

Jangan takut, huruf Russia amatlah mudah yang penting jangan lupa membuat latihan berulang kali okay?

Bezanya cuma sedikit sahaja jika dibandingkan dengan tulisan rumi jadi amat mudah untuk mengingatinya. Jom kita tengok gambar di bawah ni.

KLIK UNTUK MEMBESARKAN



Seperti yang kita lihat pada rajah di atas, tulisan Russia ni ada di dalam bentuk "tulisan computer" (letter) dan juga "handwriting". Di russia, tulisan tangan akan digunakan di dalam bentuk tulisan berangkai jadi kawan-kawan kena lah rajin buat latihan okay? Tulisan computer pula digunakan apabila tulis di komputer/type writing yang selalunya di gunakan di papan tanda kedai, assignment dan lain-lain lagi. Jadi kedua-dua tulisan "letter" dan "handwriting" kawan-kawan hendak lah menguasainya. INGAT!

OKAY jom kita tengok video cara menulis tulisan russia :)




Video atas ni menunjukkan cara menulis tulisan tangan russia.



Okay, semoga entry kali ni membantu kawan-kawan mempelajari bahasa russia.
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan di ruang komen di bawah :)



Monday 31 July 2017

Belajar Bahasa Russia susah ke senang?

     Bahasa Russia susah ke senang? Sebagai pelajar perubatan yang sudah 4 tahun menuntut di negara ini, I would say susah. Susah dari segi apa? Susah nya belajar bahasa ini dari segi Grammar/tatabahasa.

                                 
Baiklah, dalam post kali ini, saya akan senaraikan langkah-langkah dan turutan untuk mempelajari Bahasa Russia.

1) Kenal huruf Russia.
     Hal ini sangat penting untuk memudahkan proses pembacaan dan sebutan(pronounciation)  suatu perkataan dengan betul. Bila ada sudah menguasai tulisan Russia amatlah mudah untuk pergi ke langkah seterusnya iaitu mempelajari vocabulary/kosa kata dan tatabahasa.

Ada orang yang tanya. 'Susah ke tulisan Russia?'

Jujur saya katakan, tidak susah dan amatlah senang. Kenapa? Sebabnya tulisan russia tidak lah jauh bezanya dengan tulisan Alphabet yang kita gunakan dalam bahasa inggeris dan juga melayu.

2) Membaca
     Bila anda sudah menguasai huruf Russia amat lah mudah untuk meguasai cara pembacaan pula.

3) Menghafal kosa kata/ vocabulary
     Mula kan menghafal kosa kata yang penting seperti penggunaan ayat dalam aktiviti harian. Mudah bukan? Contoh nya, Apa Khabar? Siapa nama awak? Hello dan sebagainya.

4)Tatabahasa
   Orang russia amat lah mementingkan Tatabahasa atau dalam inggeris nya Grammar dalam percakapan harian mereka. Silap sedikit tatabahsa boleh membawa maksud yang berbeza. Menakutkan bukan? Ini merupakan cabaran bagi kita untuk meguasainya. Ya, saya tahu tatabahasa melayu dan inggeris pun amat susah kita kuasai apalagi russia yang jauh lebih sukar.

5) Banyakkan menonton movie/youtube bahasa russia
    Ini merupakan salah satu cara untuk menguasai bahasa russia dengan mudah dan cepat. Tontonlah rancangan tv bahasa russia pada masa yang sama lihat subtitle bahasa inggeris atau melayu. Jika sukar untuk mencarinya, lihat lah di youtube. Saya banyak menonton movie dalam bahsa russia dengan sari kata english di youtube. Ini boleh membantu menningkat kemahiran bercakap dalm bahasa russia serta memahaminya dengan lebih mudah.

Hmmm rasanya, itu sahaja yang saya ingin kongsikan pada hari ini. Entry untuk kali ini amat pendek maaf ye saya perlu mencari masa yang sesuai untuk menulis. Untuk post seterusnya, saya akan menulis dan mengajar cara-cara mempelajari tulisan russia dan membacanya. Stay tuned guys :)